Sabtu, 15 Februari 2020

SEBULAT KATA PERLU DEMI KEKUATAN
Oleh. Williem Anak Lagau
DUN INANAM.  Ilham
bermaufakat semua ahli PBS tanpa mengira pangkat kedudukan sangat penting jika ada hasrat hati mahu memenangi kerusi yang ditawan beberapa parti memerintah masa kini terutama Adun PBS yang telah menyertai parti memerintah selepas pru ke 14 yang lepas, sebagai ahli diperingkat akar umbi ramai yang membisu bahasa walau dikeritik bebas oleh pihak parti parti lawan demi melemahkan jentera kekuatan dikalangan ahli ahli PBS yang berada diperingkat Cawangan apa tak lagi ada pemimpin bahagian tidak pernah menjenguk cawangan cawangan sejak lepas pru ke 14 yang lalu.
PBS juga seharusnya merangka pelan bermaufakat dengan mana mana parti pembangkang yang sehaluan perjuangan agenda 63 jika mahu menang dalam pru ke 15 akan datang, ini sangat penting dirancang lebih awal bagi bersedia dengan keseluruhan kerusi DUN Sabah sebanyak 73 kerusi sebaik diluluskan kerajaan Warisan, Upko dan pakatan harapan sebaik menjadi kerajaan Sabah pada pru ke 14 yang lalu.
En. Juilis Abdullah dari Taman Fulliwa Menggatal berkata demikian sebaik memperolehi  ulasan dari Naib 2 PBS Bahagian Inanam Ajis Dyonisius Lobinson dalam akbar ini semalam, malah beliau (Juilis Abdullah)  yakin jika semua pemimpin PBS sebulat suara mahu berkerja turun padang serta menerima segala pandangan ahli ahli diperingkat cawangan tidak ada masaalah semua kerusi yang telah ditawan parti parti memerintah masa kini dapat ditawan semula pada pilihan raya ke 15 akan datang tegas beliau.
Juilis Abdullah juga penuh yakin jika pimpinan pusat PBS dapat memberi ruang kepada Ajis Dyonisius Lobinson menghujahkan suara suara ahli ahli PBS diperingkat cawangan kepada dailog himpunan PBS pusat necaya parti tersebut mampu dipilih rakyat jelata orang asal Sabah tanpa sebarang keraguan ujar beliau.
Naib 2 PBS Bahagian N. 13 Inanam Ajis Dyonisius Lobinson ketika dihubungi Media Terkini percaya rakyat jelata di kawasan Inanam masih ramai setia dalam perjuangan PBS walaupun kebanyakan mereka berdiam diri namun akan diusahakan mendampingi mereka sebaik mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat dan bahagian amnya, semua kerja berpasukan perlu diputuskan sebulat suara dari peringkat pusat dan kepimpinan Ketua Bahagian baru boleh kita bergerak sehingga keperingkat ahli ahli PBS cawangan khususnya rakyat jelata amnya jelas beliau hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan