Rabu, 19 Februari 2020

Oleh Huzera Ben
CABARAN WANITA BORNEO NIKAH DITHAILAND
Lawas. Wanita wanita Borneo yang bernikah di Selatan Thailand perlu diselidiki  para pemimpin setiap kampung di Sarawak dan Sabah berikutan terdapat maklumat dari Thailand Selatan wujud pemalsuan sijil nikah mereka demi mengaut keuntungan besar, kes seumpama senang dikesan bagi pemimpin kampung seluruh Sarawak dan Sabah apabila pasangan wanita dan suami khawin di Thailand tidak berani mendaftar sijil nikah mereka dibahagian pendaftar pernikahan Islam mahupun mahkamah anak negeri mahupun Jabatan Pendaftar pernikahan dipermis kerajaan ujar orang ramai di Thailand.
Sementara itu ramai orang menjadi mangsa surat nikah mencurigakan dari Selatan Thailand berikutan kegagalan membuat pendaftaran surat nikah terbabit dikedua dua negeri berkenaan sehingga peranan pemimpin kampung terbukti lemah tanpa menyiasat kes seumpama.
Isu ini didedahkan oleh Fazur Mohd. Soyin di Lawas berikutan terdapat suami isteri beranak berpisah senyap tanpa didaftarkan surat cerai di Jabatan Agama Islam Negeri atau Mahkamah Anak Negeri mahupun Jabatan Pendaftar Nikah Cerai Di JPN negeri masing masing ujar beliau penuh kesal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan