Selasa, 18 Februari 2020

 POLITIK TENOM PANAS
Oleh. Gifkir Aming
Tenom. Dua kerusi Dewan Undangan Negeri bagi Parlimen Tenom
antara PBS dan WARISAN mewakili Dun Melalap dan Dun Kemabong masing masing mempamerkan kekuatan kepimpinan baik terhadap rakyat yang menjaga para penyokong masing masing tanpa ada leka dengan matlamat membantu semua lapisan rakyat jelata, dua parti dilaporkan bersaing sengit menambat hati rakyat seluruh pengundi kawasan Parlimen Tenom diantaranya PARTI BERSATU SABAH bagi kawasan Dun Melalap manakala Dun Kemabung bakal dipertahan oleh PARTI WARISAN SABAH dimana tidak henti henti mendampingi rakyat jelata setempat.
Bagi Parlimen Tenom pula kekuatan DAP semakin goyah selepas hampir dua tahun memegang kerusi parlimen tersebut namun rakyat jelata masih tercari cari projek mega Ahli Parlimen mereka sebagai simbol kebanggaan orang orang seluruh Tenom yang diduduki etnik Murut, Dusun dan Cina yang ratusan tahun dikawasan tersebut, jika wujud kekeciwaan rakyat menjelang pru ke 15 berkemungkinan DUN MELALAP DAN PARLIMEN TENOM bakal milik parti pembangkang yang bertanding manakala DUN KEMABONG besar kemungkinan Adun masa kini boleh mengekalkan kerusi tersebut berdasarkan prestasi beliau masa kini masih dibanggakan oleh rakyat Kemabong.
Pendedahan Vencent Angkabunga berhubung percaturan parti politik Parlimen Tenom dalam perhubungan telipon dengan Media Terkini Borneo hari ini, Vencent tertarik membuat pendedahan dalam akbar ini sebaik membaca berita PBS Parlimen Sepanggar yang didedahkan penyokong PBS dan mendapat ulasan dari Naib 2 PBS Bahagian N. 13 Inanam Ajis Dyonisius Lobinson yang masih prihatin menjawab suara rakyat penuh sopan dan tertib demi kekuatan parti mereka tegasnya.
Vencent yakin kepimpinan Ajis Dyonisius Lobinson seiring dengan Kekuatan PBS Dun Melalap pimpinan Datuk Seri Radin Maleh yang kini banyank mengembalikan sokongan rakyat masa kini katanya.
Media Terkini dimaklumkan Datuk Seri Radin Maleh telah mendapat semula sokongan dari penyokong Warisan pada pru ke 14 yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan