Ahad, 23 Februari 2020

 GERAK KEAKAR UMBI MULAI SEKARANG
Oleh. Jasly Dollah dan Gifkir Aming
Sabah. Gerak kerja maufakat Sabah harus seiring
 dengan rakyat diperingkat akar umbi jika mahu menjadi peneraju kerajaan pada pru
ke 15 akan datang, semua pemimpin parti politik parti pembangkang diperingkat bahagian mahupun cawangan harus berkerja keras menjelaskan seluruh rakyat jelata misi perjuangan mereka yang lebih memelihara suara dan pandangan rakyat kearah penentu kemanangan mereka.
Pandangan Vencent Angkabunga dari Melalap Tenom sebagai menyuarakan harapan semua parti pembangkang bersatu bermaufakat dari sekarang agar rakyat jelata yang berdaftar pengundi memilih perjuangan bermaufakat Sabah, selain dari itu mana mana pemimpin parti politik peringkat bahagian yang membelakangkan seluruh rakyat yang mengundi sesekali jangan diberi bayangan menjadi calon dalam pilihan raya ke 15 demi mengekalkan sokongan tidak berbelah bahagi semua rakyat diseluruh 73 Dun bakal dipertandingkan pada pru ke 15 katanya.
Vencent Angkabunga percaya mana mana NGO yang seiring perjuangan MA 63 bersama parti parti politik pembangkang boleh meneruskan jelajah bersama rakyat orang asal Sabah bagi memastikan rakyat tidak terus berpecah belah, namun jika ada oemimpin bahagian parti politik pembangkang rasa rakyat tidak perlu mereka dampingi sehingga pru ke 15 akan datang ianya hak mereka agar mereka tahu betapa pahit nya hukuman pangkah rakyat berpaling tadah bersama parti pihak lawan tegas beliau.
Semasa menjawab soalan Media Terkini Vencent Angkabunga melihat suara berani Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2  PBS Bahagian Inanam yang memiliki rangkaian pergaulan bukan sahaja pemimpin tertinggi PBS dan rakyat jelata tanpa tunduk tekanan parti pihak lawan malah terus juga bermaufakat dengan sebilangan pembangkang  yang teguh berjuang tanpa dipaksa menukar parti yang  difikirkan berkualiti dan mendapat sokongan penuh dari rakyat tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan