Sabtu, 15 Februari 2020

AHLI UMNO KELIRU GAGAL KENALI KETUA CAWANGAN
Oleh. Bujie Tuekarang
Sabah. Ribuan ahli UMNO peringkat cawangan dalam negeri ini meminta UMNO Sabah mengarahkan ketua ketua cawangan mereka menemui ahli ahli pemegang kad ahli terbiar disetiap kampung, sejak BN tewas pada pilihan raya kali ke 14 tidak pernah ketua cawangan menemui ahli ahli dibeberapa kawasan malah ada ahli ahli pemegang kad ahli UMNO tidak mengenali ketua cawangan mereka memandangkan tidak pernah dipanggil mesyuarat cawangan dalam kawasan masing masing.
Pendedahan ahli ahli pemegang keahlian UMNO yang menghubungi Media Terkini di Sabah berikutan pengumuman Dato' Shamsul Anuar Nasarah Ketua Penerangan Umno Malaysia berhubung mesyuarat cawangan bermula hari ini,  satu kaedah perlu dibuat bagi mengesan ahli ahli UMNO diperkampungan yang kekal setia walaupun sudah bertukar kerajaan namun mereka terus  bersama keahlian dalam UMNO tanpa menyertai parti parti memerintah walaupun pelbagai lamaran parti parti memerintah namun setia mereka tetap utuh.
Ahli ahli UMNO Cawangan dipelusuk Sabah menggesa setiap bahagian mencari jalan menemui semua ahli ahli terbiar akibat kegagalan ketua cawangan menghimpunkan ahli ahlinya, ini penting bagi mengenal pasti semua ahli UMNO yang terus setia berbanding ketua cawangan yang sudah banyak melompat kepada parti memerintah masa kini sebaik ditawar jawatan Ketua Kampung dan Pengurusi MPKK berbanding ahli ditinggalkan begitu sahaja tanpa sepatah kata ujar Paulus Gilbert

Tiada ulasan:

Catat Ulasan