Rabu, 26 Februari 2020

 RAKYAT SOKONG BUBAR PARLIMEN
Oleh. Huzera Ben
Tenom. Segala kemelut masa kini
yang dicipta sebilangan Ahli Parlimen sehingga bercelaru situasi politik negara wajib dibubar parlimen dan diserah semula untuk rakyat jelata mengundi, semua Ahli Parlimen yang menang pada pru ke 14 merupakan undian rakyat yang mahu mereka mentabdir negara dengan sempurna namun tidak sampai dua tahun kerajaan PH yang dipilih roboh akibat berebut kuasa tanpa menghargai mandat rakyat mengundi.
Sebaik bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta serah pada rakyat bagi membubar Parlimen demi menjalankan pengundian Parlimen semula pengundi orang asal Sabah tampil menyokong bubar Parlimen, hanya dengan suara undi seluruh rakyat Malaysia boleh menentukan siapa terpilih menjadi Perdana Menteri ke 8 secara adil dan saksama tanpa berlaku ahli parlimen berpuak puak.
Suara aktivis masyarakat Gosibin Yosundang memberi sokongan penuh Parlimen Malaysia dibubar segera demi memelihara pembangunan dan ekonomi serta pelaburan yang memberangsangkan, beliau yakin majoriti rakyat Malaysia jika media masa memberi mereka peluang bersuara pasti menyokong pilihan raya kecuali rakyat yang telah diberi jawatan satu dalam seratus sahaja membantah demi mempertahankan jawatan yang mereka terima agar tidak hilang jika bertukar kerajaan ujar beliau penuh yakin parlimen dibubar demi suara rakyat Malaysia.
Gosibin Yosundang mahu pemimpin mengutamakan takyat jelata seperti suara ramai memuji kepimpinan Ajis Dyonisius Lobinson selaku Naib Dua Parti Bersatu Sabah Bahagian N. 13 Inanam yang tidak jemu mendekati semua rakyat dalam kawasaan beliau sendiri katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan