Selasa, 18 Februari 2020

HANYA MAUFAKAT SABAH BOLEH KEMBALI TERAJUI KERAJAAN BARU
Oleh. Jasly Dollah
Dan Basron Kirwan
Kota Kinabalu. Rakyat orang asal negeri ini memerlukan permaufakatan seluruh pemimpin parti politik dalam Sabah menggembeling tenaga sebagai satu langkah perjuangan mengembalikan teraju kerajaan baharu selepas PRU ke 15 akan datang, malah golongan pemimpin parti pembangkang masa kini yang jarang bersama rakyat jelata di ingatkan sama sama seiring jalan mendampingi rakyat yang berdaftar sebagai pemilih agar mereka (rakyat jelata) memahami sebenar perjuangan secara jelas tanpa bergantung harap dengan himpunan satu satu tempat yang pasti orang orang kampung pasti tak sampai.
Barisan ahli politik pembangkang juga kena memulakan permaufakatan perjuangan dari sekarang tanpa memainkan politik tidak sehaluan yang mencerminkan pelbagai kekeliruan rakyat jelata sehingga ada yang beralih kepada pihak parti memerintah sejak kebelakangan ini, pemimpin parti politik khususnya bahagian yang dioertanggongjawabkan oleh pusat boleh memulakan peranan bersatu maufakat sesama parti pembangkang mengajak rakyat jelata bersatu tanpa memikirkan siapa calon parti bertanding agar rakyat jelata komited bersatu menyokong perjuangan parti pembangkang penuh kekuatan dan gagah setia.
Luahan aktivis masyarakat Linos Lumbog dari Menggatal ketika dihubungi Kru Media Terkini menyingkap halatuju politik parti parti politik pembangkang sebaik tewas dalam pilihan raya ke 14 yang lalu hingga kini hanya seseorang sahaja dalam satu bahagian kelihatan kadangkala menemui rakyat jelata, malah tidak ramai dikalangan orang parti politik bahagian mengamalkan menumpukan hubungan akrab dengan rakyat jelata disamping sukar bertukar pandangan dikalangan suara rakyat jelata bagi memperkasa kekuatan dan sokongan rakyat disetiap kampung pads mereka (pembangkang) secara kukuh tanpa bertukar tukar parti diberi sokongan tegasnya.
Menyentuh isu suara suara dari beberapa ahli Parti PBS dan pemimpin PBS N. 13 Inanam sejak beberapa hari lalu Beliau (Linos Lumbog) memuji mereka ada suara untuk rakyat jelata dengar dan fahami tekad perjuangan mereka setiap masa sehingga menhelang PRU ke 15 akan datang, selain dari itu ada baiknya parti parti pembangkang diperingkat bahagian mengajak rakan rakan parti pembangkang lain sama sama bersuara secara maufakat bersama rakyat jelata mempamerkan kesetiaan dan kekuatan mereka tanpa goyah walau dibadai ombak ditengah lautan demi menjadi contoh kepimpinan bahagian bahagian lain ujar beliau.
Menurut Linos Lumbog sebagai aktivis masyarakat beliau percaya para pemimpin parti pembangkang tidak melenting diberi pandangan bermaufakat memperkasa sokongan rakyat jelata dipelusuk kampung agar mampu menang dalam pilihan raya, selain dari itu PBS, STAR, SAPP, UMNO, PBRS dan Parti Kerjasama Anak Negeri jika boleh bersatu dalam perjuangan mendampingi rakyat jelata, adalah perkara mustahil undi rakyat jelata beralih arah dalam masa pilihan raya akan datang seperti suara Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS Bahagian Inanam yang masih sudi mendengar segala suara rakyat jelata sebagai langkah perbincangan bahagian dan disalur kepada kepimpinan pusat parti malah ianya juga boleh dicontohi oleh kepimpinan parti pembangkang lain  tegas beliau.
Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS Bahagian N. 13 Inanam ketika dihubungi kru Media Terkini menerusi talian telipon di Inanam Sabah tidak menduga rakyat dalam DUN Inanam ada yang masih menyuntik semangat perjuangan bagi menawan semula kerusi DUN Inanam pada pilihan raya ke 15 depan walaupun ianya tidak muda dilakukan apa tak lagi sebagai parti pembangkang namun harapan kita adalah langkah maufakat Sabah sesama pembangkang boleh dibincangkan oleh kepimpinan dalaman pusat parti parti pembangkang secara sulit bagi mengelak serangan musuh musuh politik, jentera dalaman permaufakatan sesama parti pembangkang hanya pimpinan pusat parti masing masing yang merangka tanpa menjelaskan kepada umum memandangkan ianya kunci kekuatan kita dalam parti pembangkang khususnya PBS dibawa kepimpinan Datuk Seri Maxsimus J. Ongkili Presiden Parti Bersatu Sabah yang kekal teguh berjuang sehingga kini bersandarkan sokongan rakyat diperingkat akar umbi tanpa berpaling tadah selepas PRU ke 14 yang lepas katanya.
SEMUA GAMBAR DISIAR SEKADAR HIASAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan