Jumaat, 28 Februari 2020

TIGA CALON PERDANA MENTERI BERSAING? Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Tan Sri Dato' Haji Mohyiddin Mohammad Yassin dilaporkan hampir mendapat sokongan Ahli Ahli Parlimen Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah menjadi Perdana Menteri Ke 8, sehingga kini muncul cerita baru Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berhasrat mahu mendapat usul dikalangan Ahli Ahli Parlimen Malaysia agar tersenarai pilihan menjadi Perdana Menteri ke 8 kabar panas diluar Istana masa kini sehingga menarik perhatian dipersada antara bangsa.
King Mekars Sarawak dan Sabah masih lagi berdiam diri siapa pilihan 31 parlimen Sarawak dan 25 Parlimen dari Sabah yang mungkin mahu menuntut perjanjian MA 63 dalam saat genting pembentukan kerajaan persekutuan  selepas Tun Dr. Mahathir Mohammad meletak jawatan sebagai Pengurusi PPBM.
Sebaliknya kini Tun Dr.  Mahathir Mohammad dilaporkan masih mengharap dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke 8 yang menggenapkan 3 calon pilihan ahli ahli parlimen merebut Perdana Menteri ke 8 jelas pemerhati politik di sekitar Kuala Lumpur hari ini.
Berdasarkan perkembangan seumpama ini majoriti rakyat Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah yang menghubungi Media Terkini hari ini mengharap parlimen dibubar agar hak rakyat mengundi pemimpin mereka tertunai yang bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan