Sabtu, 22 Februari 2020

PEMBANGKANG BOLEH BERKUASA JIKA SEIRING TURUN PADANG
Oleh. Aki Kinabalu dan Gifkir Aming
Kundasang. Rangkaian parti pembangkang dalam 73 kerusi Dun pada pru ke 15 boleh mengembalikan kuasa tampuk kerajaan negeri jika mereka bersatu seiring turun padang mendampingi setiap rakyat disamping maufakat Sabah kearah pengagihan kerusi seimbang menang menang separti mana prk Kimanis yang berkerjasama menentang pihak lawan tanpa berebut sesama sendiri, kegagalan bermaufakat dari sekarang hanya menguntungkan parti parti memerintah masa kini apa tak lagi dalam situasi mencabar tanpa dapat menghulurkan sebarang sumbangan pada rakyat walaupun ada wakil rakyat pembangkang yang kekal masa kini tanpa melompat parti pemerintah sebagai mempertahankan pangkah rakyat dalam pilihan raya ke 14 lalu.
Aktivis masyarakat Bundu Tuhan Kundasang Ranau Donius Bulangou (Gambar) berkata demikian dalam satu kenyataan akbar bagi memberi padangan langkah memulihkan kuasa kegemilangan kerajaan parti pembangkang masa kini agar undi rakyat tidak berpecah belah pada  pru ke 15 akan datang, malah pemimpin diperingkat setiap bahagian parti pembangkang harus kuat mendampingi rakyat berdaftar sebagai pengundi dalam kawasan masing masing demi memelihara sokongan rakyat secara berkekalan serta mengelak mereka dipengaruhi pihak parti lawan yang menerajui tampuk pemerintah masa kini tegas beliau.
Donius Bulangau yakin semua parti politik seperti PBS, STAR, UMNO SABAH, PBRS, SAPP, MCA, MIC, PCS, PERPADUAN, PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI dan GAGASAN RAKYAT SABAH boleh membentuk maufakat dan agihan kerusi Dun sama banyak tanpa sebarang perebutan tegasnya.
Menjawab pertanyan media terkini Donius Bulangou menggambarkan Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS Bahagian N. 13 Inanam idola contoh pemimpin bersuara untuk rakyat jelata disamping maufakat dengan kepimpinan tertinggi PBS pusat tanpa muda dipengaruhi politik pihak lawan sehingga kini malah beliau sentiasa menerima pelbagai pandangan rakyat tanpa keciciran agar dapat dikongsi kepimpinan diperingkat pusat parti ujarnya.


IKUTI KELUARAN BERIKUT SUARA PANAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan