Selasa, 25 Februari 2020

JAUHI KABAR MENGELIRUKAN
Oleh. Helary Sukiono
Kundasang. Penyebaran maklumat tidak terkawal berhubung kemelut politik negara masa kini amat mengeciwakan dengan pelbagai andaian tidak sahih melebihi media cetak dan media eletronik sehingga isu isu yang panas boleh menakutkan orang ramai, perbuatan seumpama perlu ditolak demi keamanan dan keselamatan negara dari kelompok masyarakat berbilang kaum agar tidak menggusarkan orang ramai apa tak lagi melibatkan cerita pelbagai sejarah panas negara dimasa lampau tanpa sebarang tanggongjawab memelihara keamanan negara.
Aktivis Masyarakat Donius Bulangou berkata demikian bagi membidas kumpulan penyebar berita rekaan tanpa sahih sejak Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri beberapa hari yang lalu, perbuatan menyebarkan berita palsu dalam watshap group dan FB dengan andaian andaian diluar jangkawan sangat menggerunkan masyarakat sekeliling walaupun ianya sekadar tafsiran diri mereka sendiri jauh dari setiap kenyataan sahih ujar beliau.
Menjawab pertanyaan media terkini Donius Bulangou mengakui tertarik dengan pelbagai bicara wara untuk rakyat jelata yang dipaparkan oleh Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS Bahagian N. 13 Inanam di Media Terkini sungguh bermakna pada rakyat negeri Sabah tegasnya.
Beliau mengajak orang asal Sabah menggunakan maklumat penyiaran media berlesen dan bukan cerita ikut emosi individu yang tidak sahih katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan