Ahad, 23 Februari 2020

 REALISASIKAN MAUFAKAT SABAH Oleh. Williem Anak Lagau Dan Bujie Tuekarang
Sabah. Semua pemimpin
tertinggi parti pembangkang perlu merealisasikan permaufakatan Sabah sebagai langkah memperkasa kekuatan berpandukan suara orang asal Sabah jika mahu menjayakan misi menewaskan parti politik pemerintah pada pru ke 15 akan datang,  selain dari itu pemimpin parti politik pembangkang yang sekadar memegang jawatan pusat dan bahagian mahupun cawangan dalam kelompok pembangkang tanpa mendampingi rakyat jelata seharusnya disenarai hitamkan menjadi pilihan calon dalam pilihan raya demi mengekalkan sokongan orang asal Sabah menerusi pilihan raya.
Para pemimpin tertinggi parti politik kelompok parti pembangkang juga perlu meneliti pemimpin walaupun diperingkat bawahan sahaja jika aktif mendampingi rakyat seharusnya mereka diberi penganugerahan dalam parti politik bagi menghargai perjuangan mereka, kepimpinan mengadu domba dengan kepimpinan pusat yang berkuasa tidak memberi makna jika tidak mampu menarik undi seluruh rakyat jelata didalam kerusi Dun yang diwakili apa tak lagi dalam situasi masa kini mereka berada dalam kem parti pembangkang yang bukan memerintah negeri mahupun persekutuan.
Luahan Donius Bulangou aktivis masyarakat di Kg. Bundu Tuhan Kundasang Ranau yang mengharapkan kem parti pembangkang boleh bermaufakat bagi menentang PH WARISAN dan UPKO dalam pru ke 15 akan datang, beliau juga optimis pemimpin yang turun padang bersama rakyat jelata didalam kawasan DUN yang diwakili pasti mampu memiliki sokongan kemenangan jika mereka boleh mempertingkatkan usaha mendampingi rakyat setiap masa tegasnya.
Donius Bulangou optimis Langkah kepimpinan bersama Ajis Dyonisius Lobinson Naib 2 PBS N. 13 Inanam boleh dijadikan contoh seluruh rakyat Sabah memilih pemimpin yang mampu membina masa hadapan mereka katanya penuh yakin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan