Jumaat, 14 Februari 2020

LANGKAH KANAN GERAK KERJA TURUN PADANG
Oleh. Jasly Dollah
Menggatal. Ribuan Orang asal Sabah yang menjadi ahli PBS lebih dua puluh tahun menggesa pemimpin PBS menggerak usaha turun padang mendampingi rakyat berdaftar sebagai pemilih demi menawan semula kerusi DUN Inanam dari pegangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)  selama dua penggal  tanpa rasa jemu berusaha kearah kemenangan, selain dari itu PBS bahagian Inanam juga perlu merancang lebih awal kerjasama semua parti pembangkang setempat agar semangat para pengundi yang setia dalam pembangkang terus bertaut dan bertambah sebagai langkah kanan menawan semula kerusi tersebut dalam pilihan raya kali ke 15 akan datang.
Demikian pendedahan seorang penyokong PBS Juilis Abdullah dari Taman Fulliwa Menggatal sebagai menggerak kekuatan PBS diperingkat akar umbi disamping memantapkan kekuatan permaufakatan dengan seluruh parti pembangkang khususnya yang seperjuangan dengan PBS seperti semangat Parlimen Kimanis, hanya gerak kerja turun padang mendampingi rakyat dan maufakat Sabah dengan parti pembangkang lain yang seperjuangan mampu menyatupadukan semua lapisan rakyat berdaftar sebagai pemilih boleh menawan semula kerusi Dun Inanam berdasarkan terhadap hati naluri rakyat jelata ujar beliau.
Juilis Abdullah menambah, kepimpinan PBS Bahagian N. 13 Inanam juga perlu maufakat dengan semua bekas bekas pemimpin PBS lama yang belum pernah meninggalkan parti tersebut tanpa sebarang prasangka lain demi memulakan langkah maufakat Sabah agar kekuatan terus mantap berhadapan parti lawan, malah gerakan mendaftar ahli ahli baru juga boleh diusahakan secara berkala jika ada kemahuan menghimpunkan ahli dan penyokong parti yang kuat dan setia menerusi pelbagai rangka program berlandaskan perjuangan PBS untuk rakyat berbilang kaum dalam negeri ini terutama Dun Inanam katanya.
Sementara itu wakil Media Terkini yang cuba menghubungi PBS Bahagian Inanam sempat berbual menerusi Telipon Naib 2 PBS Bahagian N. 13 Inanam Ajis Dyonisius Lobinson menerima segala pandangan terbaik semua lapisan rakyat dalam kawasan tanggongjawab PBS Bahagian Inanam demi kekuatan parti PBS, namun semua suara rakyat setempat akan dikumpul dan dibincangkan diperingkat kepimpinan Bahagian sebelum diputuskan dan dikemukakan kepada pimpinan pusat Parti Bersstu Sabah langkah langkah yang perlu dilaksanakan kepada akar umbi serta rakyat keseluruhan amnya tegas beliau ringkas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan