Selasa, 25 Februari 2020

GABUNGAN MAUFAKAT SABAH PERLU UNTUK RAKYAT
Oleh. Williem Anak Lagau
Membakut. Semua parti pembangkang sama ada di Sabah mahu pun seluruh Malaysia harus merealisasikan maufakat Sabah sebagai perjuangan untuk seluruh rakyat orang asal mahupun anak asli negeri ini agar mampu memenangi PRU ke 15 akan datang, malah semua pemimpin bahagian parti pembangkang hendaklah  berkerja disamping berusaha membela rakyat berbilang kaum apa tak lagi dalam suasana politik tidak menentu diperingkat parlimen walaupun pakatan harapan berjaya menewaskan kerajaan BN masa pru ke 14 namun kini mereka (PH) telah berpisah dengan PPBM apabila pergolakan mendesak peralihan kuasa Perdana Menteri sehingga Tun Dr. Mahathir Mohammad mengemukakan perletakan Jawatan Perdana Menteri kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebelum dilantik semula Perdana Menteri INTERIM.
Mantan Ketua Bahagian PBS Dun Membakut YBGH. Egol Onsim Bosintal (Gambar)  berkata demikian dalam temubual Media Terkini Borneo hari ini bagi memperkemas perjuangan seluruh rakan rakan dalam blok parti pembangkang Sabah mahupun Malaysia amnya sejajar dengan harapan seluruh rakyat jelata yang mahukan kestabilan ekonomi negara supaya sedikit dapat disumbangkan secara keseluruhan rakyat berpendapatan rendah, beliau juga tertarik bersuara hari ini sebaik melihat suara suara rakan pemimpin dalam blok pembangkang didalam akbar ini demi kebebasan bersuara sebagai membela rakyat termiskin tanpa menanti masa pilihan raya walau dengan apa juga tenaga disumbangkan pasti rakyat jelata akan menghargai sumbangan iklas dari para pemimpin disetiap kawasan Dewan Undangan Negeri Sabah tegas beliau.
Menjawab pertanyaan Media Terkini Borneo YBGH Egol Onsim Bosintal memuji segala pandangan suara Ajis Dyonisius Lobinson Naib Dua Parti Bersatu Sabah Bahagian N. 13 Inanam yang terus komited mengajak rakyat berjuang sama dalam PBS bukan sahaja di Inanam malah blok pembangkang di Sabah dan Malaysia amnya, wawasan Ajis Dyonisius Lobinson terhadap ahli ahli PBS di Dun Inanam malah kini mula menggerak misi bersama sama seluruh  jawatankuasa PBS BAWAHAN sehingga ke Bahagian Dun Inanam mahupun Sabah serta Malaysia amnya tegas beliau.



Pfae

Tiada ulasan:

Catat Ulasan