Ahad, 1 Januari 2023

TANAH MEMBALAS BUDI MANUSIA 

Oleh. Gason Dumiri

Sabah. Keringat manusia membuka kebun dengan penuh semangat serta tabah menanti hasilnya sepanjang tahun bakal memperolehinya jika ada keamsungguhan tanpa rasa jemu dengan usaha sendiri. 

Keringat manusia yang membasahi bumi setiap kali berusaha membersihkan tanaman mereka pasti dilimpah berganda penghasilan yang diusahakan mereka sendiri, oleh yang demikian setiap warga yang memiliki tanah boleh diusahakan pada musim cuti atau hari memiliki kelapangan supaya penghasilan titik peluh dapat dinikmati pemilik.

Dalam tekad mempertingkatkan daya usaha memperolehi hasil tanah yang dimiliki sangat memerlukan kudrat tenaga yang seimbang, maka tidak hairan lah jika ada yang gagal memperolehi hasil tanah mereka akibat daya usaha tidak bersungguh diusahakan penuh kudrat yang ada setiap manusia.

Ini lah cabaran sepanjang tahun 2022 dimana wajar diubah tekad pada tahun 2023 agar usaha bakal berganda dari hasil tanah mereka sendiri. 


 DILARANG TAPI MASIH DIBUAT 

Oleh. Jasly Dollah 

Negara kita yang mempunyai pelbagai perundangan serta larangan larangan yang sudah ditetapkan agar tidak dilanggar oleh setiap orang dalam negara mahupun luar negara, namun dipercayai kurang mendapat penerangan serta gagal menjaga peraturan yang terdapat disetiap lokasi berbeza beza makan terlanggar juga halangan yang disediakan.

Bangunan tertinggi mencakar langit dilaporkan telah dipanjat pelancong luar negara secara pencerobohan baru baru ini mengejutkan pihak berkuasa dalam negara malah lebih ramai mengutuk mereka agar dapat memohon maaf secara terbuka kepada pihak kerajaan dalam negara ini.

Para pelancong luar negara yang memasuki Malaysia harus belajar setiap larangan yang diwartakan dan bukan sesuka hati mahu menceroboh bagi memanjat bangunan yang menjadi larangan dalam sepanjang tahun 2022 lepas.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran  dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan