Isnin, 9 Januari 2023

SIAPAKAH LAYAK TERAJU KERAJAAN SABAH? 

Pergolakan kerajaan Sabah amat terasa bergolak masa kini berikutan penarikan sokongan dari kepimpinan BN terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor baru baru ini. 

Ini yang diumumkan oleh Datuk Seri Bung Mokthar Raden  Pengurusi UMNO Sabah menyebabkan kerajaan negeri bergolak sehingga situasi masa kini masih lagi tidak menentu.

Ramai warga rakyat Sabah mempunyai pandangan berbeza beza dengan kemelut politik antara GRS dan BARISAN NASIONAL namun mereka yakin para pemimpin parti tersebut mampu memperbaiki hubungan mereka dalam perjuangan perpaduan. 

Rakyat Sabah meminta kerajaan Sabah masa kini menumpukan pembangunan kawasan luar bandar disamping mempertingkatkan ekonomi orang orang diluar bandar agar mampu merubah kehidupan generasi mereka yang lebih selesa.

Kerajaan Perpaduan masa kini juga lebih menumpukan perhatian kepada segenap lapisan rakyat miskin diseluruh negara namun ianya perlu laporan sepenuhnya dikalangan pemimpin setiap kampung agar tidak berlaku keciciran.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan