Selasa, 3 Januari 2023

RAKYAT MUAK PEMIMPIN PARTI ANGKUH ? 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. Tindak tanduk kepimpinan parti politik angkuh tidak akan mendapat sokongan seluruh rakyat dalam negara ini apa tak lagi tidak mewakili seluruh kaum dan agama yang menjadi pegangan harian rakyat dipelusuk negara ini.

Terdapat amalan pemimpin parti politik yang sangat angkuh tanpa menilai pendirian rakyat berbilang bangsa dan agama sehingga menolak pemimpin berpengalaman serta berjasa pada seluruh rakyat jelata, sikap seumpama dianggap sebilangan besar rakyat Malaysia  terlalu angkuh bongkak dan sombong dimana wajar ditolak oleh seluruh pengundi jika mereka meletak  calon dalam parlimen mahunpun negeri ujar mereka. 

Untuk rekod, pru ke 15 lepas merupakan satu sejarah dalam Malaysia berikutan rakyat menghukum keseimbangan parti politik dalam negara supaya tidak ada yang boleh membentuk kerajaan tanpa kerjasama dan perpaduan berdasar suara rakyat diperingkat akar umbi, parti politik yang dikuasai suara suara pemimpin sudah diselami segenap lapisan rakyat berbilang kaum dan agama malah rakyat jela lah sebenar penentu kelayakan pemimpin parti politik untuk diangkat menjadi wakil DUN atau wakil PARLIMEN.

Pemimpin parti politik masa kini tidak lagi boleh mendabik dada dengan rakyat jelata sejurus berlalu pru ke 15 bila kuasa undi rakyat sukar diramal oleh para calon parti politik yang bertanding, ramai calon parlimen dalam pru ke 15 tewas malah rekod hilang wang pertaruhan pilihan raya juga banyak dialami calon calon bertanding hasil kuasa undi rakyat jelata tidak berpihak dengan mereka. 

Media Terkini Malaysia yang menjejaki beberapa pemimpin parti politik seluruh negara bagai tidak dikenali mereka walaupun saban hari menemui golongan terlibat dalam sidang DUN dan PARLIMEN, ini membuktikan kepimpinan mereka hanya kenal didalam tugasan harian namun bila dihubungi talian telipon mereka semua cakap sibuk dan tidak ada masa berbicara dengan jawatan pangkat mereka.

Dalam mendepani PRU KE 16 serta pembubaran DUN disetiap negeri yang belum mengadakan pilihan raya terbaharu semua ahli parti politik yang mahu menjadi calon harus berhati baik, jauhi perasaan sombong dan ego pada rakyat yang menghubungi telipon mereka kelak nanti dalam pilihan raya calon terbabit akan hilang wang pertaruhan seperti pru ke 15 yang lepas. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan