Ahad, 8 Januari 2023

LENSA JENDELA 

Oleh. Gifkir Aming dan Jusupi Kurdi

Melihat perangai sebilangan  pemandu BUS MINI seluruh Pantai Barat Kota Kinabalu yang menjadikan semua BUS STOP sepanjang jalan raya Kota Kinabalu ke Rugading Tuaran dan sekitar pantai barat berhampiran sangat mengeciwakan pengguna BUS STOP harian menunggu rakan rakan mereka akibat dihalang Bus Mini berbaris. 

Perbuatan tersebut juga bagai tidak ada pemantauan LPKP dan JPJ negeri Sabah walaupun orang asli Sabah sudah berulang kali melapor kegiatan sebilangan pemandu BUS MINI tidak bertanggongjawab ujar penduduk asli Sabah.

Orang asal Sabah mengajak seluruh Pemandu Bus Mini dari ETNIK ASLI SABAHAN seperti SAMAH, BRUNEI, RUNGUS, KADAZAN, DUSUN, SUNGEI bersatu didalam kesatuan bagi menyinggah semua penumpang dimana mana juga BUS STOP memandangkan ORANG ASLI ETNIK SABAHAN akan terus memilih BUS MINI yang berdisiplin dan bertanggongjawab dan menghormati penumpang sebagai reziki mereka. 

Untuk REKOD golongan pemandu Bus Mini yang memenuhi setiap BUS STOP hanya mengenali petugas yang beruniform kerajaan sahaja, perbuatan mereka sentiasa dipantau oleh Kelab Penaja Pengguna Pengangkutan Awam Sabah dengan memerhati semua perbuatan mereka memasang bunyi bising pada bus mereka. 

Sehubungan dengan pendedahan ini orang asli Sabah mengharap JPJ DAN LPKP TURUN PADANG setiap minggu bersilih ganti bagi memantau perlakuan setiap Bus Mini membanjari BUS STOP bersusun sepanjang hari tanpa menghormati Bus mini orang asal negeri ini.



 POLIGAMI SALAH SIAPA? 

Oleh. Norafzah Dollah 

Setiap wanita melalui poligami oleh Sang Suami adalah disebabkan Suami mereka berharta dan menjadi pilihan isteri pertama dahulu. 

Sayangnya suami yang kaya raya berpendapatan tinggi berkereta bersusun dengan rumah 2 hingga 3 buah terus digoda lagi wanita muda yang bergetah juga mengharap agihan harta dan kasih sayang nya terus terima sebagai isteri kedua dengan keyakinan mampu dalam harta benda. 

Menurut tinjauan wanita wanita sedarhana kehidupan dengan suami sekadar gaji RM2,000 atau kebawah mereka masih kekal tanpa digoda wanita muda, oleh yang demikian golongan wanita perlu berfikiran lebih jauh sama ada memilih suami kaya raya atau hidup sekadar berpendapatan antara RM2,000 hingga RM3,500 sahaja bagi keutuhan rumahtangga. 

Pesanan jangan pandang RATUSAN RIBU RINGGIT sebulan dari lelaki idaman jika wanita isteri pertama juga sekadar insan biasa tanpa kelebihan harta dan pengajian tinggi, sebaliknya pilih lah mereka yang sekadar iklas memilih isteri seorang sampai keakhir hayat dengan susah dan senang suami isteri bersama dan bukan nya pasangan muda selalu.

Ada suami isteri sama sama berkerja dengan berkongsi kesenangan dan kesusahan bersama walaupun diam berbincang didalam rumah mereka tanpa kecoh, berbanding kaya raya yang sentiasa bergaduh dikancak kehidupan mewah bersama saling tidak bertolak ansur demi mempertahankan rumahtangga masing masing.






Nota. Dilarang menbuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan