Oleh. Jaitos Dumiri
Masaalah didepan mata mungkin tidak ramai yang tahu walaupun sentiasa semua mata melihat apa juga kejadian didepan mata sehingga rakyat dijadikan BOLA oleh sebilangan pemandu Bus Mini akibat TAMAK HALOBA bagaikan golongan rakan mereka sahaja mahu hidup.
Masaalah orang ramai masih ada juga yang sanggup dijadikan bola oleh sebilangan pemandu bus mini dibuat tengah jalan sebaik melihat penumpang ramai dilorong sebelah tanpa menghiraukan penumpang menaiki lagi bus lain menuju ke lokasi yang dituju ujar warga tempatan yang ditemui.
Sehubungan dengan pendedahan ini orang asli Sabah perlu berani bertindak dengan membuat aduan kepada kerajaan negeri semua perilaku yang dibuat warga pemandu Bus Mini tanpa mematuhi peraturan, malah mereka (pemandu bus mini) juga menjadikan semua bus stop sebagai susunan bus mereka menunggu penumpang cara paksa berjam jam disalah satu bus stop.
ISU JETI RUNTUH
Isu JETI runtuh di Semporna baru baru ini perlu dilihat mengapa tidak diselenggara setiap tahun atau setahun dua kali.
Semua prasarana harus diselenggara menerusi rujukan kepada Wakil Rakyat atau Wakil Parlimen demi mengelak kejadian kemalangan terhadap pengguna Jeti berkenaan.
Dengan kejadian serupa perlu dijadikan iktibar kepada pemimpin tempatan agar ianya boleh diperbaiki berulangkali setiap tahun supaya tidak akan ada lagi pelajar yang jatuh kelaut dimasa akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan