Ahad, 15 Januari 2023

INI DIDEPAN MATA 

Oleh. Norsham Tukirin

Kuala Lumpur. Jika berjalan dinegeri Sabah pasti akan melihat bergelimpangan bagai JENAZAH namun mereka hidup terumbang ambing dibandar dan pekan tanpa halatuju. 

Majoriti orang Sabah yang tinggal dikota atau pekan dilaporkan melihat semua ini tanpa mengira pangkat dan kedudukan namun umpama terlepas pandang apa yang ada didepan mata.

Dalam terjah semasa Media Terkini Malaysia baru baru ini Kota Kinabalu mempamerkan umpama jenazah bergelimpangan siang dan malam dipondok atau kaki lima bangunan kedai namun semua mata memandang  membisu seribu bahasa ujar orang asli Sabah. 

Isu umpama jenazah bergelimpangan dilaporkan bukan perkara baharu namun semua mata memandang buat tidak kisah setiap hari didepan mata mereka, tidak dapat dipastikan generasi  dalam Sabah sampai bila mampu bertindak melakukan pendedahan lebih kerap masaalah didepan mata mereka.

Untuk rekod orang asli Sabahan, kebanyakan warga kota dan pekan bila bercerita dikedai kedai kopi bukan main bijak pandai dimana semua boleh buat dengan pendidikan tinggi mereka, namun masaalah sosial didepan mata bertahun tahun lamanya terus terbiar bagai tidak ada keupayaan mereka bersuara terhadap pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan