Khamis, 19 Januari 2023

KEMBALIKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 

Oleh. Norsham Tukirin 

Sabah. Kerajaan negeri amnya kerajaan pusat perlu mengembalikan nama setiap rakyat berpendapatan rendah sebagai penerima bantuan rakyat termiskin tanpa pilih kasih orang didaftarkan terdahulu demi mengelak warga Sabah keciciran. 

Kebanyakan rakyat Sabah yang berpendapatan kurang RM980.00 sebulan masih tidak layak memperolehi bantuan Perumahan Rakyat Termiskin malah golongan yang sudah disenaraikan nama terdahulu tahun 2018 juga telah hilang senarai nama mereka. 

Ini merupakan pendedahan En. Pius Kaibun dari Kg. Totoki Patau Tambunan dalam wawancara Media Terkini Malaysia sebagai mengulas banyak keciciran pemohon bantuan Perumahan Rakyat Termiskin kawasan Tambunan katanya. 

En. Pius Kaibon mengaku telah tersenarai nama dalam daftar pemohon Perumahan Rakyat Termiskin pada 2018 dan 2019 namun hari ini bila dirujuk semula sudah hilang dalam senarai menunggu permohonan rumah berkenaan tegas beliau. 

En. Pius Kaibon terkejut dengan keciciran nama beliau sebagai orang asli Kg. Totoki Patau dengan pendapatan kurang RM980.00 sebulan nama pemohon menunggu telah dibuang keluhnya, beliau meminta Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahin Perdana Menteri Malaysia bersama sama Timbalan Perdana Menteri Malaysia mendengar dan membantu masaalah keciciran nama agar dimasuk semula demi kehidupan rumah selesa katanya.

Kerajaan negeri Sabah dan Pusat amnya perlu lebih kerap mendampingi rakyat jelata Sabah yang kerap tercicir dengan segala projek bantuan kerajaan negeri mahupun pusat amnya tanpa diketahui punca yang sebenar.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan