Rabu, 25 Januari 2023

LENSA JANDELA 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Permainan bola ketuk sangat merbahaya kepada kanak kanak dibawah umur 10 tahun namun itu lah yang dilapor kesukaan mereka setiap hari.

Bola Ketuk ini sangat keras dan jika tersilap permainan nya ia bakal mencedrakan setiap kanak kanak yang melakukan permainan tersebut, kes ini perlu dikaji kerajaan masa kini sama ada disetiap negeri mahupun kerajaan pusat yang harus menyiasat segala permainan berkenaan.

Semua ibu bapa perlu menjaga anak anak mereka dibawah 10 tahun agar menjauhi permainan tersebut demi mengelak sebarang kecedraan terhadap kanak kanak mereka, permainan tersebut bukan sahaja dijual sekitar pasaraya malah jelas melambak disetiap tamu tamu mingguan serta dijual juga pedagang rokok seludup lorong kedai ujar orang ramai. 


LIMPAHAN BANJIR BOLEH DICEGAH 

Isu limpahan banjir diseluruh negara mampu ditangani jika pemantauan puncanya dikaji lebih terperinci, namun jika selamba sahaja pemantauan dibuat oleh pihak berkuasa disetiap negeri setiap tahun isu tersebut berterusan hingga puluhan tahun akan datang.

Sana sini komen dilontarkan berhubung isu banjir disetiap negeri namun jarang sekali mahu menggesa kerajaan mencari punca utama banjir terlibat melimpah diseluruh kawasan tanah rendah.

Dalam konteks ini langkah utama menangani banjir melimpah diperkampungan tanah rendah agar sekali ianya mampu ditangani bersama, orang ramai juga harus sepakat bagi menyuarakan masaalah banjir melanda kampung mereka dalam jangkamasa  panjang demi nyawa penduduk sekitar. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan