Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Gabungan Rakyat Sabah perlu bertolak ansur bagi membentuk kerajaan perpaduan dengan semua parti yang membentuk kerajaan diperingkat persekutuan sebagai langkah memperkasa ekonomi rakyat yang terkesan dengan pandemik covid 19.
Berdasarkan kerjasama semua pemimpin parti politik yang berjaya membentuk kerajaan perpaduan harus disertai oleh semua parti yang mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah, hanya kerjasama dikalangan semua Wakil Wakil Rakyat Sabah dalam menyatukan tekad kerjasama bagi pembentukan kerajaan Sabah agar tidak menimbulkan perpecahan serta kemelut pilihan raya semula.
Sikap tidak bersatu hati, berpuak puak serta enggan bertolak ansur dalam mempertahankan perpaduan kerajaan sedia ada kini sangat memecahbelahkan situasi rakyat Sabah masa kini sehingga tidak ada penyelasaian yang jitu tegas warga Sabah yang ditemui.
Rakyat Sabah percaya jika tidak ada permaufakatan semua wakil rakyat dikalangan pelbagai parti yang disokong rakyat bagi membentuk kerajaan perpaduan ianya mungkin memerlukan pilihan raya semula tegas mereka penuh yakin.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan