Selasa, 3 Januari 2023

POLITIKING BANYAK MASAALAH TUTUP MATA? 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Dun Inanam. Menjejaki kawasan sebilangan deretan kedai kawasan tersebut sememangnya banyak lambakan cakap kaki politiking dengan pengakuan paling berpengaruh namun masaalah depan mata mereka langsung bagai tidak nampak. 

Sebilangan politiking ini juga sekadar banyak bercakap namun depan mata mereka langsung tidak kisah walau masaalah besar berlaku sehingga menakutkan orang ramai melihatnya tanpa sebarang tindakan aduan kepada pihak berkuasa tempatan.

Antara luahan orang ramai melihat hidangan makanan yang dikawal selia pekerja meragukan disetiap kedai yang menggajikan pekerja tidak bertanggongjawab dan mengabaikan kebersihan nya.

Peliknya para politiking yang kerap bertandang ke kedai kedai kopi berkenaan sekadar bercerita politik kosong dengan rakan rakan mereka tanpa menghiraukan pekerja asing yang menjaga makanan termasak tidak bertutup, sebaliknya sekadar melihat sahaja ianya dibeli oleh orang ramai tanpa menyangka ianya terbuka sejak awal pagi lagi sampai menjelang tengahari dengan dibiarkan sahaja penjaga kedai tanpa ditutup lapor orang ramai.

Sehubungan dengan paparan ini orang asli Sabah Dun Inanam meminta Orang Orang Politiking Bising Dikedai Kopi membantu pihak berkuasa bagi mengesan semua peniaga makanan yang tidak menutupnya dengan sempurna agar semua pelanggan tidak memakan makanan terdedah dengan pelbagai kotoran setiap hari.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan