Isnin, 2 Januari 2023

BOIKOT PENGHANTAR MAKANAN BERMOTORSIKAL ?

Oleh. Basron Kirwan 

Warga Malaysia yang menggunakan khidmat penghantar makanan bermotorsikal wajar bertindak memboikot sebilangan mereka berikutan sikap mereka dilaporkan menyimpan kasut yang dipakai mereka kedalam beg sama menyimpan makanan yang ditempah pelanggan, kejadian tersebut dilaporkan berlaku bila musim hujan dan mereka menukar kasut dengan selipar dan langsung memasuk kasut berkenaan dalam beg yang sama tempat menyimpan makanan dan minuman pesanan pelanggan lapor orang ramai.

Selain dari itu para penunggang motorsikal berkenaan tidak menghiraukan para pejalan kaki yang melintasi lampu isyarat sehingga hampir melanggar orang berjalan kaki bagaikan mereka lebih berkuasa dijalan raya.

Ini disuarakan orang ramai yang kerap melihat golongan terlibat diperhentian Bus Pengangkutan Awam menukar kasut kepada selipar dan memasuk kasut mereka dalam beg sama penyimpanan makanan pesanan pelanggan jelas orang ramai yang ditemui.

Malah orang ramai menggesa pihak keselamatan mahupun pihak kesihatan membuat pemeriksaan mengejut beg makanan mereka dibelakang motorsikal pada musim hujan agar mengetahui pemakai selipar memiliki kasut didalam beg motorsikal mereka. 

Langkah pemanduan mereka juga wajib dipantau setiap hari yang bukan sahaja melanggar lampu isyarat malah tidak langsung memperdulikan golongan pejalan kaki diseluruh negara.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan