Ahad, 15 Januari 2023

DELEMA HENDAK MEMILIH ?

Oleh. Basron Kirwan 

Borneo. Pilihan terkini Negara, Negeri dan Wilayah bagi Sarawak dan Sabah sudah pasti ramai rakyat kedua dua negeri berkenaan masih  memiliki pelbagai pandangan berhubung status kedudukan negeri Sabah dan Sarawak amnya. 

Menurut warga Sabah dan Sarawak, jika Sarawak dan Sabah sudah diwartakan WILAYAH adakah ianya akan disebut WILAYAH NEGARA SABAH atau masih lagi WILAYAH NEGERI SABAH?, ini adalah satu kekeliruan besar muda mudi pada masa akan datang bagaimana mereka menamakan nya antara negeri atau wilayah negara amnya ujar mereka. 

Jika Sabah dan Sarawak sudah diwartakan sebagai Wilayah rakyat setempat mengharapkan kerusi parlimen mereka ditambah satu pertiga dari jumlah kerusi parlimen di Semananjung Malaysia sebagai keseimbangan kerusi parlimen masa kini.

Apapun kejayaan kedua dua negeri Sarawak dan Sabah menjadi Wilayah kelak namun rakyat tempatan mahu kerusi parlimen mereka ditambah dengan perancangan awal perlu disediakan bermula dari sekarang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan