Oleh. Williem Anak Lagau
Sebagai langkah melindungi keselamatan diri dari ancaman musuh setiap hari golongan pemandu E HEILING wajib belajar seni mempertahankan diri demi melindungi nyawa mereka dari perbuatan penjenayah terancang khususnya rompakan.
Ini didedahkan beberapa bekas anggota Tentera Malaysia yang gusar melihat banyak pemandu E HEILING dilaporkan terbunuh akibat samun rompak dikawasan semak samun akibat tanpa kewaspadaan terhadap golongan penumpang yang menghubungi mereka.
Sebilangan pemandu E HEILING lebih memburu kepada keuntungan golongan pemanggil namun tidak peka dengan isu keselamatan apa tak lagi status penumpang yang mengguna perkhidmatan mereka setiap hari.
Isu korban pemandu E HEILING dilaporkan kerap berlaku diseluruh negara sejak beberapa tahun yang lepas namun kurang mendapat iktibar masyarakat tempatan sehingga lah para pemangsa berjaya memperdaya golongan pemandu terbabit.
Berwaspada lebih baik dikalangan pemandu E HEILING demi keselamatan para pemandu dalam mencari reziki setiap hari.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini harian Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan