Khamis, 12 Januari 2023

KEKALAHAN UMNO DIMANA PUNCANYA 

Oleh. Basron Kirwan /Norsham Tukirin 

Perlukah kepimpinan tertinggi UMNO BN dipersalahkan berikutan kekalahan teruk didalam pilihan raya kali ke 15  baru beberapa bulan yang 

lepas.  Bagaimana kah jentera kepimpinan UMNO BN diperingkat pertengahan khususnya cawangan yang mendepani segenap rakyat jelata berbilang bangsa dan agama adakah mereka terbuka bersama rakyat jelata. 

Persoalan ini disuarakan oleh sebilangan rakyat jelata berbilang bangsa dan agama berikutan banyak perwakilan bahagian UMNO mula menuding kesalahan terhadap Presiden dan Timbalan Presiden dalam setiap PAU  tanpa meninjau orang bawahan mereka. 

Rakyat Malaysia mencadangkan kepada semua ahli pemimpin bahagian dan cawangan UMNO BN benar benar mendampingi serta mendengar semua suara rakyat dalam kawasan cawangan dan bahagian mereka agar sokongan padu lebih terjalin kekal jangkamasa panjang.

UMNO BN boleh menang penuh semula jika bahagian serta cawangan parti mereka jujur mencurahkan bakti terhadap segenap lapisan rakyat setempat secara berkekalan disamping menghulur bantuan seadanya pada masyarakat yang sangat memerlukan. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita,  memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan