Oleh. Huzera Ben
New York. Ramai rakyat umpama tidak takut dengan angka kematian serangan covid 19 masa kini tanpa menghiraukan pemakaian pelitup muka dan penjarakan diri, kebergantungan dengan vaksin penggalak berulangkali tidak memberi jaminan kekebalan dari serangan virus covid 19 melainkan sangat memerlukan SOP khususnya pesakit kronik dan warga emas.
Rekod kematian serangan covid 19 dunia hari ini berjumlah 6,737,898 juta orang manakala jangkitan terkumpul 668,493,659 juta orang diseluruh dunia tanpa diambil perhatian orang ramai, kebimbangan ini meliputi negara negara membangun yang masih dalam kehidupan berstatus arus kemiskinan namun ada juga golongan masyarakat kurang peka covid 19.
Amerika Syarikat mencatatkan jumlah jangkitan kes Covid 19 berjumlah 101,726,588 juta orang manakala kes kematian terkumpul sehingga hari ini berjumlah 1,111,011 juta orang. Bagi jumlah kes jangkitan di India berjumlah 144,683,005 juta orang dan kes kematian berjumlah 530,730 orang.
Negara Perancis merekodkan jumlah kes jangkitan 38,437,213 orang dan angka kematian berjumlah 160,148 orang, bagi negara Jerman merekodkan jangkitan covid 19 terkumpul berjumlah 37,668,384 juta orang manakala kematian berjumlah 164,703 orang.
Bagi negara Brazil jumlah jangkitan covid 19 terkumpul berjumlah 36,712,851 juta orang manakala jumlah kematian terkumpul berjumlah 698,188 orang, Negara Jepun juga mencatat kes jangkitan Covid 19 berjumlah 31,924,066 juta orang manakala kes kematian berjumlah 64,653 orang dan negara Korea Selatan kes jangkitan covid 19 terkumpul berjumlah 29,982,905 juta orang dan jumlah kematian terkumpul serangan covid 19 berjumlah 33,185 orang.
Antara negara negara yang merekod angka kematian serangan Covid 19 tertinggi hingga kini termasuklah Sepanyol 128,183 orang, negara Itali berjumlah 186,488 orang, United Kingdom 216,255 orang, negara Rusia berjumlah 386,666 orang dan negara Turki berjumlah 101,492 orang, negara Argentina berjumlah 130,338 orang.
Turut mencatat kematian tertinggi serangan Covid 19 ialah negara Iran berjumlah 144,732 orang, negara Mexico berjumlah 331,829 orang, negara Indonesia berjumlah 160,772 orang, negara Poland berjumlah 118,678 orang manakala Colombia 142,085 orang, negara Peru berjumlah 218,608 orang dan negara Afrika Selatan berjumlah 102,588 orang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan