Sabtu, 28 Januari 2023

AJARAN SESAT MAKIN DIBURU PENGIKUT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Masyarakat hari ini 

lebih menjadi pengikut Ajaran Sesat berbanding kembali kepangkal jalan sebelum ditahan pasukan Polis.

Selain dari ajaran sesat ada juga warga hari ini lebih memperhambakan diri menjadi kumpulan Pertubuhan Kongsi Gelap tanpa diketahui punca golongan terlibat muda terpengaruh walaupun mereka tergolong cerdik pandai.

Terbaru ajaran yang dilapor telah digempur pasukan polis ialah Ayahanda Harimau Kumbang yang telah diserbu bukan sahaja pertubuhan tidak berdaftar malah dilaporkan terlibat dalam kongsi gelap, kes tersebut dilaporkan mula mendapat pengikut yang ramai bagai cendawan tumbuh selepas hujan bukan sahaja golongan rakyat biasa malah melibatkan golongan cerdik pandai serta berketurunan cerdik pandai. 

Ramai warga veteran masih terkilan dengan ramai terjebak kedalam kongsi gelap serta ajaran sesat diseluruh negara melibatkan berkelulusan PHD namun tidak berfikir betapa pertubuhan yang merekai sertai ajaran sesat serta kongsi gelap tegas mereka.

Menyingkap jenama Ayahanda  Harimau Kumbang amat jelas dilapor menjadi buruan ikutan orang ramai sebelum ini termasuk penyertaan berkelulusan tinggi entah dimana daya tarikan kongsi gelap serta ajaran sesat.

Sehubungan dengan pendedahan ini, seluruh warga Malaysia dinasihatkan supaya menjauhi pertubuhan kongsi gelap serta ajaran sesat demi mempertahankan akhlak serta maruah terbaik didalam diri setiap keluarga masing  masing.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun dan mencetak berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan