Isnin, 16 Januari 2023

LAMBAKAN RAKYAT HILANG BANTUAN? 

Oleh. Gason Dumiri 

Benarkah ramai rakyat hilang nama bagi penerima bantuan E KASIH dan BANTUAN KELUARGA MALAYSIA sejak beberapa bulan lepas. 

Anehnya warga asli Sabah hairan bagaimana daftar mereka memperolehi bantuan tiba tiba hilang dalam senarai sedangkan bertahun tahun sudah penduduk tempatan menerima bantuan keluarga Malaysia jelas mereka. 

Bermula BRIM lagi ramai orang Sabah dapat bantuan namun sedikit demi sedikit yang hilang kelayakan walaupun pendapatan bulanan kurang dari RM950.00 menyebabkan warga Sabah keciwa dengan segala pertukaran tampok kerajaan terkini terang mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini, rakyat Sabah meminta Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia memastikan semua senarai penerima bantuan kerajaan yang bergaji RM950.00 didaftarkan data mereka semula demi meringan bebanan hidup keluarga mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelukusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan