Selasa, 5 Julai 2022

PARLIMEN SABAH POLITIK BUKA MATA 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Tawau. Cabaran perebutan kerusi parlimen Sabah masih panas berikutan semua parti politik masing masing mengharap kerjasama yang dibayangkan dalam aspek luaran masa kini namun sukar dijangka sebaik parlimen dibubarkan kelak. 

Senario politik dalam Sabah jauh berbeza dengan Sarawak jika diharapkan  PERMAUFAKATAN setiap parti politik, maka tidak hairan lah sejumlah 25 kerusi parlimen dijangka boleh bertembung 7 hingga lebih 10 calon dalam pru ke 15 kelak.

Antara faktor lebih ramai calon bertanding adalah cadangan dikalangan rakyat yang menyokong sesebuah parti rasa terabai dan bertindak menyokong  parti lain yang yakin mendapat sokongan kawasan terlibat.

Terdapat juga pemimpin parti politik dalam sesuatu bahagian yang gemar melantik petugas dalam kepimpinan yang dibenci rakyat jelata namun bijak mengampuh sehingga mendapat jawatan dalam bahagian walaupun dipulau rakyat jelata kawasan jajahan mereka.

Dalam tinjauan kru Media Terkini Malaysia dalam negeri ini sejak seminggu lalu semua parti politik bukan senang mendapat sokongan majoriti penuh berikutan terlalu lemah gerak gempur diperingkat  bawahan saluran rakyat jelata sehingga masa kini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan