JANGAN BOHONGI RAKYAT
Parti parti kecil ditegur agar menjaga orang bawahan mereka dari membohongi rakyat berdaftar sebagai pengundi jika perlu sokongan undi dalam pilihan raya kali ke 15, sikap membohongi ini sangat mengeciwakan ribuan rakyat didalam sesebuah kawasan parlimen apa tak lagi jika parti mereka berhasrat mahu bertanding dalam pru akan datang.
Isu segelintir ahli dan pemimpin parti kecil diperingkat bawahan sering membohongi rakyat terus berlaku sehingga hari ini bagaikan mereka cukup berpengaruh jika majoriti rakyat tidak mengundi dalam setiap kali pilihan raya lapor warga dalam pertemuan kru media terkini hari ini.
Amat menyedihkan bila mana ada pemimpin dan ahli parti diperingkat bahagian dan cawangan sekadar mendapat tempat jawatan, sebaliknya bila rakyat jelata menemui dan memohon pertolongan langsung tidak dijawab walaupun berada didepan mata sekadar dipertimbangkan jawapan diberi.
Menjelang pilihan raya ke 15 ini sekali lagi sebilangan orang parti politik memancing sokongan rakyat namun tuntutan rakyat puluhan tahun lepas masih tidak berjawab, apakah rakyat jelata mampu menerima sebilangan orang parti politik seumpama jika golongan terlibat masih lagi terjun berpolitik kali ini atau bakal terima balasan rakyat mereka.
Biar lah seluruh rakyat dalam negara kali ini meneliti setiap ahli parti politik yang terjun dalam kancah politik sama ada diberi sokongan atau sebaliknya biar ditentukan dalam pangkah undi masa pilihan raya.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan