SOP TERUS KE BELAKANG
Kota Kinabalu. Perlanggaran SOP ditempat awam terus berlaku berikutan ramai sudah menyangkut penutup hidung dan mulut pada dagu tanpa takut dengan serangan virus covid 19.
Golongan terlibat juga sudah tidak kisah dengan bersesak orang ramai ditempat awam walaupun dunia terus mencatat kematian serangan virus covid 19 sejak tabun 2020 lepas.
Selain dari itu sebilangan warga asing juga dilaporkan tidak menghiraukan pemakaian pelitup muka umpama mereka kebal dari serangan virus covid 19 sepanjang hayat.
Isu warga asing tidak berasa takut dengan covid 19 sentiasa berkeliaran diseluruh Sabah khususnya Kota Kinabalu tanpa memakai pelitup muka dengan sempurna, malah golongan terlibat dilaporkan dengan sengaja mendekati orang ramai tanpa menutup hidung dan mulut dalam keadaan batuk batuk membuatkan orang ramai yang bersurai sekelip mata.
Kes ini perlu dipantau pihak berkuasa tempatan dimana sesiapa yang tidak menutup hidung dan mulut jika mendampingi orang lain atau menaiki pengangkutan awam perlu didenda bagi mengelak sebarang jangkitan virus covid 19 dari masa kesemasa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan