Ahad, 1 Mei 2022

RINGKASAN 1 MEI 

Oleh. Jopis Anak Lagau

Sebaik sahaja melangkah 1 Mei 2022 sebilangan penduduk tempatan dan warga asing dalam Sabah tidak lagi menggunakan SOP dan ramai tidak memakai pelitup muka walau bersesak ditempat awam golongan terlibat menganggap mungkin mereka sudah kebal tidak tembus dengan covid 19.

Jelajah kru Media Terkini di Kota Kinabalu amat terperanjat melihat gerak langkah orang ramai dengan pelbagai telatah menyangkut pelitup muka ditelinga mereka berkipas bila ditiup angin namun orang ramai selamba bersesak tanpa takut virus covid 19.

Mungkin kah Kota Kinabalu mahu mengejar angka korban covid 19 seperti di Amerika Syarikat melebihi 1 juta orang kematian setakat semalam dengan mengabai segala sop ditempat orang ramai apa tak lagi menjelang hari raya aidilfitri dan pesta menuai sepanjang bulan mei ini.

Kata orang tua tua mahu selamatkan keluarga dari serangan covid 19 patuhi semua sop dan pakai pelitup muka dengan sempurna setiap kali keluar rumah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga serta mencetak dan memuat turun berita didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan