Oleh. Koijul Hairol
WASPADA AJARAN SESAT
Isu laporan ajaran sesat yang berlangsung di Gunong Jerai wajar dijadikan perhatian bagi merujuk semua ajaran Islam kepada Jabatan Agama Islam disetiap negeri agar tidak muda terpesong akidah pembawaan amalan agama masing masing.
Setiap kumpulan penyebar agama Islam yang memasuki setiap perkampungan juga perlu mendapat surat kelulusan bertulis dari Jabatan Agama negeri kawasan yang dimasuki supaya tidak timbul keraguan masyarakat setempat yang dikunjungi mereka.
Menurut sumber masyarakat dalam negara ini, antara faktor yang kerap membawa akidah ajaran agama Islam meragukan ialah, terdapat kumpulan pembawa ajaran Islam yang masuk kawasan luar bandar tidak mempamerkan surat kelulusan dari Jabatan Agama Islam negeri kepada orang kampung, selain dari itu kumpulan terlibat juga meragukan status entah dari mana asal usul mereka yang berbahasa Melayu juga sukar difahami tegas orang ramai yang ditemui.
Antara faktor utama yang mempengaruhi orang ramai memberi sokongan pembawa ajaran Islam diluar bandar ialah, pakaian Jubah Pelbagai Warna Dipakai Mendepani Orang Kampung, Deretan 3 Hingga 4 Kereta Mewah memasuki kampung bagai mendapat amanat dari Jabatan Agama Islam negeri tanpa soal selidik orang kampung terhadap kumpulan tersebut.
Sehubungan dengan pendedahan ini, setiap umat Islam diluar bandar khususnya golongan Saudara Baharu (Muallaf) perlu sentiasa berhubung dengan Jabatan Agama Islam disetiap negeri supaya tidak muda terpesong akidah agama mereka khususnya ajaran sesat dan khurafat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan