Rabu, 11 Mei 2022

SESAK JALAN BILA DITANGANI  

Oleh. Koijul Hairol

Tuaran. Majoriti pengunjung pekan Tuaran mempersoalkan bila kesesakan teruk dari Hospital Berungis sehingga ke pekan Tuaran jalan lama bagai tidak berpenyudah sampai kehari ini.

Kesesakan setiap kenderaan yang menuju ke Pekan Tuaran melalui jalan lama simpang Mengkabong sangat terasa hampir setahun yang lalu dan belum ada sebarang petanda ianya akan berakhir kesesakan sepanjang jalan  raya dikawasan tersebut.

Kesesakan sepanjang jalan tersebut juga membuat orang tidak berani mengunjungi pekan Tuaran bagi membeli belah akibat tidak mahu terkandas lama disepanjang jalan tersebut berjam jam lamanya jelas orang ramai.

Sehubungan dengan pendedahan ini penduduk Sabah merayu kepada kerajaan negeri dan persekutuan agar memberi kawalan lalu lintas setiap hari disepanjang jalan raya Berungis Tuaran Jalan Lama agar tidak berlaku kesesakan teruk ujar mereka. 












Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat ikln niaga serta mencetak atau memuat turun berita didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan