Oleh. Williem Anak Lagau
Kuala Lumpur. Sebaik sahaja UMNO meluluskan pindaan pemilihan parti setiap enam bulan selepas pilihan raya umum Malaysia berjalan maka impian rakyat jelata adalah mengharapkan semua pemimpin parti itu sampai ke setiap rakyat jelata dibandar mahupun setiap perkampungan terpencil jika mahu sokongan dalam pilihan raya kali ke 15 akan datang.
Antara negeri yang panas perlu UMNO dampingi semua rakyat jelata bagi memberi semangat bersama dalam UMNO dan BN ialah, Pulau Pinang, Sabah, Kelantan serta beberapa kawasan panas yang dikuasai parti parti musuh dengan UMNO dan BN agar rakyat jelata benar benar menerima perjuangan pemimpin tertinggi tanpa bergantung suara diperingkat cawangan yang tidak teguh dengan perjuangan.
Terdapat orang parti diakar umbi yang tidak mempunyai kekuatan mempertahankan kekuatan mereka bersama rakyat jelata sehingga muda ditawan oleh pemimpin parti lawan sehingga rakyat jelata terumbang ambing hilang panduan jelas warga kampung yang mahu UMNO terus turun padang bersama rakyat.
Beberapa rakyat jelata yang ditemui, menyuarakan UMNO perlu memulakan langkah mereka mendekati rakyat sebaik sahaja selesai mengadakan mesyuarat 15 Mei 2022 supaya benar benar sampai kerumah rakyat yang berdaftar sebagai pengundi menjelang pru kali ke 15 terang mereka.
Apapun terserah kepada setiap pemimpin tertinggi UMNO dan BN bagi menimbang suara rakyat yang menunaikan tanggongjawab mengundi pada pru kali ke 15 pada bila bila masa akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak atau memuat turun berita serta memuat naik iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan