Ringkasan Berita Semasa
SEMUA PRODUK PERLU KELULUSANMasyarakat perlu peka dengan pelbagai produk dalam online masa kini sama ada mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan atau sebaliknya demi keselamatan para pengguna sepanjang masa.
Pertumbuhan produk umpama cendawan selepas hujan dapat ditonton dalam pelbagai laman sesawang bagi meraih pembeli diserata tempat namun tidak pasti adakah semua produk berkenaan memiliki sijil kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.
Kemunculan pelbagai produk tempatan yang dilaporkan Ubat Merawat penyakit dalam tubuh setiap pembeli juga sangat menakutkan golongan masyarakat yang memiliki ALAHAN PADA KULIT mereka jika tersilap penggunaan produk tanpa sijil kelulusan dari pihak berkuasa tempatan.
Sesetengah produk yang dijual terbuka juga hanya menggunakan promosi watsap, laman fb, tiktok memandangkan semua akbar berlesen perlu meminta sijil kelulusan produk dari kerajaan jika produk terlibat berbentuk perubatan dalam iklan dikehendaki.
Apapun pengguna seluruh negara harus bijak menilai semua produk dalam pasaran sama ada memiliki sijil kelulusan dari kerajaan termasuklah Jabatan Farmasi Negara jika melibatkan ubat ubatan demi perlindungan seluruh pengguna dalam jangkamasa panjang. Oleh Gifkir Aming
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan