WATSAP PUSAT ADUAN TERKINI
Oleh. Tedung Selar
Sabah. Sejak beberapa minggu lepas pelbagai cabaran yang ditempuhi segenap lapisan rakyat jelata bukan sahaja kenaikan kos harga barang makan dipasaran malah semua pengangkutan khususnya PREBET SAPU DILUAR BANDAR juga
sesuka hati menaik kadar tambang sesiapa juga rakyat menaiki kenderaan mereka walaupun mereka tidak memiliki permit mengangkut penumpang namun akibat tamak mereka lakukan juga.Perbuatan seumpama turut tersebar meluas dalam pelbagai WATSAP GROUP, Laman Laman Sesawang persendirian tanpa disampaikan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri Sabah walaupun sangat membebankan rakyat berpendapatan rendah jelas warga peladang yang ditemui.
Penduduk luar bandar juga meminta kerajaan Sabah bertindak dan turun padang memantau kenaikan pelbagai jenis barang makan didalam pasar, kedai kedai, serta prebet sapu disetiap jalan raya luar bandar yang kini menaik kadar tambang 40 peratus dari tambang asal beberapa minggu lalu.
Hanya kerajaan dan pihak berkuasa tempatan Sabah sahaja mampu mengawal segala kelakuan pihak terlibat yang dilaporkan sesuka hati menaik kos harga perniagaan mereka termasuklah prebet sapu yang umpama mengaut keuntungan tanpa menghiaukan rakyat berpendapatan rendah di kampung kampung terpencil.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan