Selasa, 24 Mei 2022

Berita Ringkas 

SIAPA PENJUAL ROKOK SELUDUP ITU ? 

Setiap berjalan di sekitar bandaraya Kota Kinabalu pasti ramai orang bercakap siapa kah mereka berani menjual rokok dikaki lima kedai berbaris ramai dilaporkan seludup setiap hari. 

Jika golongan terlibat anak watan negeri ini mengapa mereka tidak menghormati pada perundangan negara betapa salah menjadi peniaga rokok seludup dari cukai keluh warga kota yang sempat ditemui.

Menurut penghuni kota yang ditemui hari ini, penjual rokok seludup ini bijak dengan membawa pelbagai beg atau bakul bagi tempat menyimpan rokok seludup agar tidak dilihat pihak berkuasa tempatan melainkan golongan pelanggan yang menjadi pembeli tegar rokok seludup berkenaan. 

Rokok seludup ini juga dilaporkan lebih murah dari semua rokok yang dijual didalam kedai menyebabkan ianya terlalu laris setiap hari, pembeli rokok seludup yang banyak sering membeli dengan berurusan didalam kereta mereka yang berhenti hidup injin didepan golongan penjual terlibat bagi urusan pembungkusan plastik lapor penghuni kota.

Satu perkara yang dilapor penghuni kota bahawa penjual rokok ini juga dikawal oleh bodyguard dari jarak jauh bagi memerhati golongan penguatkuasa yang melakukan operasi setiap masa agar para penjual mampu melarikan diri sepantas kilat ujar mereka.  Oleh. Tedung Selar 











Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang  
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan