Ahad, 15 Mei 2022

DUNIA TERUS DIGEGAR COVID 19 

Oleh. Huzera Ben

New York. Cabaran dunia mendepani virus covid 19 terus bergegar berikutan kematian semakin meningkat setiap minggu bagai tidak memiliki penyudahnya sejak tahun 2020 sehingga masa kini.

Sungguhpun dunia mendepani saat getir dengan serangan virus covid 19 namun 4 negara termasuklah Macau, Sint Maarten, Kota Vatican dan Curaeao terus mempertahankan sifar kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga saat ini ditahun 2022.

Menurut rekod dunia hari ini kematian terkumpul serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga Mei tahun 2022 berjumlah 6,332,812 orang, jangkitan dalam tempuh yang  sama berjumlah  523,960,876 orang manakala jumlah masih dalam rawatan hospital seluruh dunia hari ini berjumlah 45,187,592 orang. 

Amerika Syarikat terus mencatat tertinggi kematian serangan pelbagai  virus covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 1,026,527 orang sehingga masa kini, ianya disusuli negara Brazil berjumlah 664,830 orang dalam tempoh yang sama manakala negara India berjumlah 524,201 orang. 

Turut mencatatkan kematian tertinggi  serangan covid 19 ialah negara Rusia sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 377,571 orang, negara Mexico dalam tempoh yang sama berjumlah 324,465 orang dan negara Peru juga pada tempoh yang sama berjumlah 213,013 orang.

Bagi negara United Kingdom kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 176,708 orang, ianya dituruti negara Itali berjumlah 165,091 orang juga dalam tempoh yang sama serta negara Sepanyol  juga merekodkan serangan virus covid 19 berjumlah 159,605 dalam tempoh yang sama. 

Negara negara maju dalam dunia terus diserang virus covid 19 seawal tahun 2020 sehingga masa kini termasuklah negara Indonesia berjumlah 156,453 orang, negara Perancis mencatatkan kematian virus covid 19 berjumlah 147,257 orang, negara Iran juga serangan virus covid 19 dalam tempoh yang sama berjumlah 141,216 orang.

Selain dari itu negara Colombia juga tertinggi serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 139,821 orang, dituruti negara Jerman dalam tempoh yang sama berjumlah 137,809 orang,  manakala negara Argentina juga dalam tempoh yang sama mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 128,729 orang.

Dalam dunia terus mendepani covid 19 negara Poland merekodkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 116,207 orang sehingga hari ini, negara Ukraine juga mencatat kematian pada tempoh yang sama berjumlah 108,449 orang,  sementara negara Afrika Selatan berjumlah 100,744 orang pada tempoh yang sama. 

Turut dapat mempersiapkan kawalan tinggi memerangi serangan kematian virus  covid 19 ialah negara Brunei jumlah kematian sejak  tahun 2020 sehingga hari ini baharu berjumlah 220 orang sahaja, disusuli Papua New Guinea berjumlah 651 orang dalam tempoh yang  sama, negara Qatar dalam tempoh yang sama berjumlah 677 orang dan Timor Leste juga dalam tempoh yang sama berjumlah 131 orang korban virus covid 19.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak atau memuat turun berita, memuat naik iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan