Oleh. Williem Anak Lagau
Sejak kebelakangan ini dilaporkan kenaikan mendadak sayor sayoran, Lada serta pelbagai bahan di Pasar Besar mahupun Pasar disetiap pekan yang tidak dirungkai permasaalahan nya.
Menyingkap isu ini
semua kenaikan harus diteliti semua pihak dari penanam, dan pemborong yang mengambil dari penanam sayoran berkenaan sampai kepada agent kedua dan ketiga baharu sampai ke pasar umum.Menurut sumber maklumat dari orang ramai, banyak faktor punca kenaikan produk makanan basah di pasar antaranya agent bertukar ganti menghantar sayoran dari kebun penanam sehingga ke pasar ujar mereka.
Sebaik sahaja masuk kepasar ada juga golongan yang menjual sayor berkenaan berganda dari modal mereka sehingga pelanggan kepasar juga terus terbeban dengan harga yang ditawarkan.
Sebagai contoh sayoran dibeberapa pasar sayor 7 pokok kecil sahaja dijual dengan harga RM3.00 satu ikat sedangkan dahulunya sekadar RM1.00 sahaja satu ikat ujar orang ramai.
Kerajaan harus mengkaji sebenar mengapa sayor tempatan yang ditanam dibumi sendiri begitu pantas kenaikan harga jika punya pelan dan kawalan sistem jualan sedangkan masa kini ramai petani sudah menggunakan baja organik yang jauh lebih murah dengan baja moden atau import dari luar negara.
Isu kenaikan pelbagai barangan lain kerap dijadikan isu kenaikan harga sayor oleh segelintir peniaga sedangkan penanam sayor hanya menggunakan baja, racun serangga serta upah pekerja bagi kebun mereka namun setiap beberapa bulan harga terus meningkat dan mengecil ikatan nya dipasar sayor jelas orang ramai.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak atau memuat turun berita ini dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan