Jumaat, 6 Mei 2022

GOTONG ROYONG LANGKAH TERAKHIR 

Oleh. Gifkir Aming 

Tampaluri. Warga kampung terpaksa bergotong royong melakukan kerja kerja menyambung bekalan air paip graviti sebagai sumber makanan orang kampung dalam mengusahakan tanah kebun mereka sejak mula merdeka sejak tahun 1963 sehingga masa kini.

Permaufakatan ini dilaporkan penduduk kampung berlangsung di Kg. Tambulaong  Tampaluri dengan tenaga kerja mereka sebagai kemudahan penduduk sekitar yang belum memperolehi bekalan air paip dari kerajaan negeri Sabah.

Berapa ramai masyarakat yang mampu meneruskan kesinambungan program bergotong royong seumpama ini sama ada dalam kampung mahupun pekan dan bandar terutama golongan generasi muda mudi mewarisi budaya atuk moyang mereka.

Semoga dengan pendedahan ini akan menjadi contoh kepada generasi muda mudi walau dimana juga berada permaufakatan perlu dikekalkan demi kepentingan bersama dari masa kesemasa.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan