Isnin, 16 Mei 2022

KOTA KINABALU LUBUK PENGEMIS 

Oleh. Koijul Hairol

Pelawat Bandaraya Kota Kinabalu terkejut melihat setiap penjuru pusat bandar tersebut ada sahaja duduk meminta sedekah setiap hari bagai lubuk mereka mendapat wang dengan cara yang muda serta tidak perlu membuat kerja membanting tenaga namun pendapatan dilaporkan sangat lumayan.

Pengemis ini bukan sahaja kaum lelaki sebaliknya yang paling ramai adalah wanita dengan teknik membawa budak yang baru lahir entah anak siapa dipinjam sekadar meraih simpati orang ramai setiap hari.

Sesetengah golongan pengemis bandaraya Kota Kinabalu dilaporkan tidak pandai berbahasa Melayu entah dari mana asal golongan terlibat  duduk di bandaraya namun tidak faham dalam bahasa Melayu walaupun berusia lingkungan 50 tahun keatas.

Sebilangan kerusi awam yang didediakan  pihak berkuasa tempatan dalam bandaraya Kota Kinabalu menjadi tempat duduk peminta sedekah setiap hari dengan sokongan san sumbangan besar setiap orang yang melintasi lokasi pengemis duduk tegas masyarakat prihatin yang menemui Media Terkini.

Sampai bila pengemis bandaraya Kota Kinabalu berakhir ? sehingga berita ini ditulis tidak ada sebarang maklumat diperolehi langkah membasmi pengemis ini malah rangkaian pengemis ini dilaporkan orang awam bergerak sehingga ke Inanam dan Menggatal pada masa masa tertentu.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan