Oleh. Gason Dumiri
Gabungan parti memerintah negeri Sabah masa kini menghadapi saingan diperingkat akar umbi berikutan gabungan parti pembangkang dilaporkan telah memasang jentera KOPI KOPI BERSAMA RAKYAT bagi seluruh negeri baru baru ini.
Sasaran mereka dilaporkan termasuklah Bekas Bekas Ketua Kampung, Bekas Bekas Pengurusi JKKK, Pencen Pegawai Rendah Kerajaan serta Orang Orang Kampung Yang Berpengaruh menurut sumber yang rapat dengan jentera parti pembangkang.
Gerakan dikalangan jentera parti pembangkang ini bakal berjalan secara senyap agar pihak parti lawan gagal mengesan jentera mereka sehinggalah PRU ke 15 akan datang, sumber dari gerakan KOPI KOPI BERSAMA RAKYAT ini bakal disusun atur golongan gerak gempur berpengalaman dalam sesebuah parti terdahulu agar lebih diyakini segenap lapisan rakyat berdaftar sebagai pemilih jelas mereka.
Sasaran KOPI KOPI BERSAMA RAKYAT lebih ditumpukan pada kubu kuat parti parti gabungan didalam kerajaan negeri masa kini sebingga rakyat menyedari dasar sebenar parti parti pembangkang demi nekad mahu meraih sokongan seluruh pengundi pada pru kali ke 15 kelak.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan