Khamis, 5 Mei 2022

SIAPA TAHU AIR ORANG DESA 

Oleh. Gason Dumiri

Setiap kali musim tengkujuh ramai orang desa terpencil mendepani saat getir ketiadaan sumber air makanan bersih berikutan air paip graviti mereka menjadi seperti lumpur mengalir pekat.

Malah ada orang desa terpencil menunggu beberapa lama bagi membersihkan air paip mereka sehingga jernih semula namun tidak ada ahli ahli parti politik yang tahu derita orang desa yang mendepani situasi seumpama.

Setiap kali menjelang pilihan raya pelbagai ahli ahli parti politik memasuki desa terpencil meraih sokongan undi terhadap calon parti mereka namun dalam keadaan orang desa mendepani air paip mereka serupa ini (gambar) tidak ada orang parti politik datang menjenguk mereka malah ada orang parti politik dihubungi telipon sekalipun tidak menjawab lapor orang desa pada kru media terkini.

Berdasarkan pada pengamatan air paip orang desa terpencil ini, ada kah pemimpin parti politik sanggup meminum air keruh ini jika dihidangkan pada masa mereka bersusun atur berkempen meraih undi dikawasan desa terpencil?, sungguh menyedihkan nasib orang desa dalam negeri Sabah yang ada 25 kerusi parlimen dan 73 kerusi dewan undangan  negeri namun orang desa terpencil sehingga tahun 2022 ini masih mendepani air paip serupa ini tanpa berubah sejak tahun 1963.



KEPAKARAN ORANG DESA 

Oleh. Norafzah Dollah

Siapa tidak berliur menjelajah beberapa desa terpencil kediaman orang asli Sabah yang memiliki pelbagai kepakaran memasak makanan dari hasil bercucuk tanam mereka.

Berbudi pada tanah tidak ada kerugian bagi orang desa khususnya suri rumah sekelian malah ada juga golongan bapa bapa yang setanding dengan ibu ibu bab memasak didapur demi menyajikan pelbagai makanan untuk keluarga mereka.

Kueh Labu lazat ini kiriman rakan pembaca media terkini sekitar desa terpencil didalam negeri Sabah beberapa hari yang lepas.












Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak atau memuat turun serta  memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan