BEBASKAH INDIVIDU MENCIPTA UBAT PENYAKIT DI MALAYSIA ?
Oleh. Koijul Hairol
Dalam cabaran mendepani pelbagai penyakit masa kini adakah kebebasan mencipta ubat ubat tradisional selain dari makanan tambahan sahaja seperti iklan bebas dilaman sesawang bebas bagi mengaburi mata seluruh lapisan masyarakat agar membeli jualan ubat ubatan mereka.
Ini dimaklumkan oleh pembaca media terkini Borneo sebagai mendedahkan ubat ubatan dilaman sosial dan fb buatan malam jual pagi yang tumbuh bagai cendawan setiap hari ujar mereka.
Penjualan ubat ini sangat mengelirukan bagai tidak dikesan pihak berkuasa berkaitan Ubat Ubatan yang sewajarnya didaftarkan sebagai ubat jika disebut Ubat dalam jualan terhadap pelanggan dimerata tempat.
Jika produk dijual sebagai Ubat Kesembuhan penyakit dipasaran terbuka wajib memiliki nombor rujukan di KKM atau Perubatan rasmi yang diluluskan tegas rakyat yang ditemui.
Majoriti pembaca media terkini di Sabah melaporkan produk ubat buat malam jual pagi melambak umpama goreng pisang dengan jualan bebas tanpa sekatan dari pihak berkuasa dalam negeri ujar mereka.
Sehubungan dengan pendedahan ini semua pihak perlu menggembeling tenaga bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan pusat menyelidik ubat ubatan meragukan agar tidak ada yang terjebak produk mengelirukan tanpa persijilan ubat yang sebenar atau rujuk dengan Jabatan Farmasi Kerajaan yang berdekatan bagi mendapat penjelasan yang lebih jelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan