Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Bandar merupakan pilihan utama Peminta Sedekah yang tidak berpenghujung dikalangan kanak kanak dan orang dewasa setiap hari berikutan terlalu ramai wargakota murah hati menghulur wang pada mereka tanpa tapisan status golongan peminta sedekah berkenaan.
Majoriti peminta sedekah ini dilaporkan susah bercakap dalam Bahasa Melayu melainkan isyarat menghulur tangan meminta dan menyuap tapak tangan ke mulut mereka dipercayai warga asing lapor orang kota yang ditemui.
Kumpulan peminta sedekah ini meraih simpati sebilangan wargakota walaupun tidak faham berbahasa Melayu dengan kanak kanak kecil antara 3 tahun sehingga 9 tahun dengan perwatakan diri terlalu comot umpama tidak ada ibu bapa menjaga mereka.
Selain dari itu peminta sedekah ini tidak takut untuk berjalan jauh duduk sesuka hati sahaja dilaluan orang ramai seperti bangunan bank demi mengutip wang pemberian orang ramai dari awal pagi hingga kepetang tegas penghuni kota yang ditemui.
Sampai bila kah kumpulan peminta sedekah ini berakhir disekitar bandar berikutan sokongan wargakota terus menghulur antara RM1.00 hingga RM15.00 dalam seorang pemberi, bayangkan jika peminta sedekah ini mampu meraih lebih 80 orang pemberi wang sedekah tiap seorang pengemis setiap hari tentunya dapat dijangka jika terkumpul penuh genap setiap bulan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan