Jumaat, 13 Mei 2022

HORMATI ORANG LAIN DITEMPAT AWAM 

Oleh. Williem Anak Lagau

Kota Kinabalu. Budaya menghormati orang lain ditempat awam perlu jika anda mahu orang lain menghormati anda setiap masa, sebaliknya jika anda mahu dipulau dan tidak diberi muka oleh orang lain setiap masa buat lah tempat awam itu sebagai rumah anda sendiri tanpa menghormati orang sekeliling. 


 Luahan beberapa bekas Tentera yang melihat gelagat orang sekitar Kota Kinabalu langsung tidak menghormati orang sekeliling yang menggunakan kemudahan awam setiap hari.

Selain tidak Memakai penutup Hidung dan Mulut ditempat awam mereka juga sengaja membuka payung besar ditempat perhentian Bus sehingga orang lain mereda hujan tanpa dapat duduk dimusim hujan akibat rasa tamak dan ego segelintir masyarakat yang tidak menghormati orang lain tegas mereka.

Perilaku seumpama dilaporkan bukan perkara baru malah telah lama menjadi amalan sebilangan orang Kota Kinabalu dipercayai terpengaruh dengan budaya yang dibawa warga asing dalam negeri Sabah jelas penduduk tempatan yang ditemui.

Golongan pelawat kenegeri Sabah juga harus belajar mengenali budaya beradab dan bersopan santun orang asli Sabah agar tidak terkeliru budaya asing yang tidak menghormati orang sekeliling setiap masa ujar orang asli Sabah.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak serta memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan