Isnin, 2 Mei 2022

COVID 19 TERUS MENCARI MANGSA 

Oleh. Huzera Ben 

Mexico. Empat negara didunia terus mempertahankan ketiadaan kematian serangan virus covid 19 ia itu Macau, Sint Maarten, Curacao dan Kota Vatican sejak tahun 2020 sehingga hari ini masih belum ada satu pun kes kematian serangan virus covid 19.

Sementara dunia hari ini mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 6,308,869 orang, kes jangkitan  sejak 2020 berjumlah 517,423,676 orang manakala jumlah masih dirawat ialah 45,772,012 orang.

Amerika Syarikat terus merekodkan kematian sejak 2020 berjumlah 1,020,854 orang, disusuli negara Brazil berjumlah 663,567 orang, negara India 523,869 orang manakala negara Rusia berjumlah 376,031 orang, negara Mexico berjumlah 324,334 orang dan negara Peru mencatatkan kes kematian berjumlah 212,841 orang.

Dalam serangan virus covid 19 diseluruh dunia masa kini United Kingdom  terus mencatatkan kematian berjumlah 174,912 orang, disusuli negara Itali berjumlah 163,612 orang, manakala negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang dan negara Indonesia berjumlah 156,273 orang, serta negara Perancis berjumlah 145,962 orang.

Penggunaan vaksin disetiap negara maju tidak banyak membantu memusnahkan semua virus covid 19 berikutan negara Iran mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 141,096 orang, negara colombia berjumlah 139,797 orang, negara Jerman berjumlah 135,913 orang semuanya bermula sejak tahun 2020 sehingga hari ini. 

Covid 19 tidak memilih negara negara maju atau vaksin yang dipergunakan berikutan negara Argentina mencatakan kematian berjumlah 128,653 orang, negara Poland berjumlah 116,059 orang, negara Ukraine berjumlah 108,391 orang dan negara Afrika Selatan berjumlah 100,363 orang. 

Sama sama kita menggunakan penjarakan diri 4 kaki setiap seorang dengan memakai pelitup muka dengan lengkap bagi menutup hidung dan mulut dikhalayak ramai demi menghindari penularan pelbagai virus covid 19 dalam jangkamasa panjang. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga serta mencetak amnya memuat turun berita didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan